Thursday, May 22, 2014

Tips HAMIL cepat dan mudah : Set Kesuburan Shaklee



Ini gambar Shireen,umur masa ni 4 hari. Geram tau tengok baby2 baru lahir ni...Amik feel Set Kesuburan jap..hehe...Ok minggu ni saya nak kongsi Set MUDAH HAMIL Shaklee antara set yang banyak membantu pasangan yang ingin menimang cahayamata. Saya baru je habis consult pasangan suami isteri ni yang sudah hampir 1 tahun lebih kahwin tapi masih belum dapat zuriat. FYI, saya dan suami pun antara pasangan yg lambat dapat cahayamata. Saya mmg ada masalah hormon tak stabil. Lepas setahun setengah bersama barulah kami berjaya.. Alhamdulillah! Period saya lambat 2 minggu..Check2 positive,gembira kemain laa :)



                              

Set Kesuburan Shaklee adalah gabungan Set Kesihatan Asas dan Set Kesuburan Wanita/Lelaki. Bagi saya Set Kesihatan Asas adalah WAJIB diambil. Kenapa? Sebab apabila badan sudah mantap, barulah sistem badan dapat berfungsi pada tahap OPTIMUM. Kemudian baru boleh add on Set Tambahan Kesuburan. Umpamanya kita nak bina rumah, asasnya iaitu tiang batu bata simen semua kene bagus, barulah rumah pn kuat dan kukuh. Lepas dah kukuh nk cantikkan atau buat renovation apa2 pun senang :) Back to our topic :

Set Kesihatan Asas

Vita-Lea : Multivitamin yang amat diperlukan oleh tubuh badan. Dikenali sebagai energy booster. Diperkaya dengan zat besi bagi membantu suami dan isteri supaya bertenaga sentiasa.

Vitamin C : Menurut kajian Vitamin C dapat menolong proses persenyawaan kerana ia meningkatkan paras hormon Progesterone. Hormon ini secara umumnya dapat membantu isteri menstabilkan kitaran haid dan membantu menebalkan dinding uterus. Dinding uterus yang tebal ini adalah sebagai persediaan menerima embrio. Bagi suami pula,Vitamin C adalah bagus untuk mendapat kiraan, gerakan dan kualiti yang baik (sperm count, motility and quality). Tahukah anda bahawa Kekurangan Vitamin C dalam badan boleh merosakkan kualiti sperma.

B-Complex : Vitamin B12 amat penting untuk menghasilkan DNA sihat. Bagi suami pula, asid folik yang terkandung dalam Vitamin B membantu dalam meningkatkan jumlah kiraan sperma yang sihat. (Saya pun selama ini ingat asid folik sinonim dengan wanita je.. Rupanya bg lelaki pn sama penting juga.. Hihi). Sperma yang mengalami kecacatan kromosom apabila disenyawakan dengan telur ovum, akan menghasilkan janin yang tidak dapat hidup lama. Bagi isteri pula, pengambilan asid folik adalah paling penting pada 12 minggu pertama, dimana ia dapat mengurangkan kecacatan saraf tunjang (neural tube defect) seperti gangguan pada pembentukan saraf tunjang (spinal bifida)

Vitamin E Complex : Bagi suami, kajian menunjukkan pengambilan Vitamin E dalam masa beberapa bulan dapat meningkatkan kesuburan suami sebanyak 10%. Bagi isteri, vitamin E dapat meningkatkan cecair mukus serviks yang amat penting untuk memastikan sperma dapat bertahan lebih lama dari biasa. Ia juga membantu meningkatkan kesiahatan telur dalam uterus ibu.

Tambahan : Kesuburan Lelaki

Zinc Complex : Zinc melindungi kesihatan prostat,memperbaiki dan menyembuh prostate enlargement dan keadaan kerap kencing. Kekurangan nutrien zinc akan mengakibatkan masalah seperti kematangan organ seks yang lambat,impoten,perkembangan yang kecil atau pincang pada testikel,kiraan sperma yang rendah,kemerosotan fungsi seksual,penuaan pra-matang dan rambut gugur.

Tambahan : Kesuburan Wanita

GLA ComplexGLA membantu  memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan dan membantu menstabilkan kitaran haid. Ia membantu seseorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang berwarna putih telur. Ia membantu sperma untuk berenang ke uterus terus ke tiub falapio untuk bersenyawa dengan sel ovum. Cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiup falopio sehingga 5 hari.

Alfalfa Complex : Bertindak seperti 'kacip fatimah'. Ia juga membantu dalam  organ
reproduksi wanita dan menyelesaikan masalah seperti keputihan ,terutama bagi mereka yang rasa sakit ketika bersama, membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid.



Insyaa Allah ini semua usaha kita. Usaha lain yang saya sendiri amalkan ketika fasa lambat mendapat zuriat

(1) Full check up dengan Pakar Sakit Puan : Kedua-dua suami dan isteri harus bersama-sama jumpa doktor dan check tahap kesuburan masing-masing. Masa itu, sistem reproduksi saya dan suami both ok,cuma saya ada masalah kitaran haid tidak teratur, hormon kurang stabil.

(2) Darussyifa' : Saya mohon doa dan air dari UStaz Haji Salleh di Bangi sebulan sebelum disahkan hamil. Alhamdulillah :)

(3) No-STRESS : Saya bekerja. Not sure ini coincidence or what,tetapi saya positive hamil sebulan selepas saya bagi surat resign boss. hehe. Memang stress masa kerja di R&D di sebuah syarikat Jepun ni. Kalau boleh masa bersama jangan stress fikir sangat nak anak, redha & doa banyak2.

(4) Minta dariNYA : Setiap hari selepas solat fardhu,taubat & sunat bercakap hati ke hati denganNYA. Minta izin dan restu dariNYA. He is the BEST listener ever, kita minta apa saja yang kita nak, minta dengan yakin. Yakin yang satu hari nanti kita pasti ada zuriat. Pejam mata dan bayangkan,nangis dan ikhlaskan diri :)

(5) Sedekah : Banyakkan sedekah. It helps a lot. Sedekah membersihkan rezeki kita. Tak kira sedekah dengan siapa pun, adik ibu ayah..anak yati..orang tua. Biar sikit asal ikhlas dan istiqamah 

Ok sampai sini saja perkongsian sahaja. Good luck :)


Rujukan :
http://www.conceiveeasy.com

0 comments:

Post a Comment

 

Hubungi saya :)

WhatsApp/SMS : 012.3688780 Email:syazana.sulaiman@gmail.com FBPage:Warna Warni Vitamin

LIKE our FB Page

Facebook Warna Warni Vitamin, click here.

Kelebihan menjadi Ahli Shaklee

1)