Thursday, March 27, 2014

Ostematrix : Gabungan Kalsium, Magnesium, Vitamin D dan mineral

Kalsium adalah antara mineral terpenting yang diperlukan untuk pembentukan tulang. Tahukah anda bahawa tulang kita adalah tisu hidup yang perlu tumbuh,berubah dan sentiasa perlu diperbaharui. Kalsium boleh disimpan didalam tulang,dan digunakan/ dilepaskan apabila perlu. Sebab inilah saya amat menekankan pengambilan supplemen kalsium setiap hari. Sebagai ibu yang menyusu, jika kekurangan kalsium didalam badan, maka kalsium dalam tulang saya akan 'dicuri' untuk diserap bagi menghasilkan susu,akibatnya tulang ibu akan rapuh, gigi cepat rosak dan belakang mudah bongkok. (Oh tidak...)

Petikan dari Harian Metro


"Kalsium adalah sejenis mineral yang mampu menguatkan tulang dan perlu diambil setiap hari. Ini kerana tubuh kita membuang sejumlah kecil kalsium setiap masa sebelum digantikan dengan kalsium yang baru dalam proses dinamakan ‘permodelan semula tulang’.Perlu diingat, kalsium juga disingkirkan daripada badan menerusi proses semula jadi seperti rambut gugur, kuku, peluh dan kulit mati.Sekiranya jumlah kalsium yang disingkirkan lebih banyak berbanding yang digantikan, tulang menjadi lemah secara perlahan-lahan dan terdedah kepada risiko mudah patah."

OSTEMATRIX Osteomatrix membekalkan gabungan nutrien yang unik termasuk Kalsium,Vitamin D & K, Magnesium dan lebih lagi untuk membina dan mengekalkan tulang yg kuat kerana anda memerlukan lebih dari kalsium untuk membina tulang yang kuat. Kenapa perlu ada Vitamin D dan Magnesium?

Magnesium : Membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.
Vitamin D    : Membantu serapan lebih tinggi kalsium dalam tubuh



CARA PENGAMBILAN
Setiap hari kita memerlukan 1000-1300mg kalsium. Oleh itu anda perlu mengambil 4 tablet sehari. Untuk memaksimumkan penyerapan, kita perlulah mengambil 2 tablet saja untuk sekali makan,iaitu 2 tablet selepas makan tengahari dan baki 2 tablet sebelum tidur.


KENAPA KITA KURANG KALSIUM WALAUPUN BANYAK MINUM SUSU?
1. Melalu pengambilan garam : Sodium dan klorida yang banyak ditemui pada garam makanan perlu dikawal pengambilannya kerana ia meningkatkan penyingkiran kalsium melalui air kencing sebelum ia sempat diserap atau digunakan oleh tubuh untuk menghasilkan tulang yang kuat.

2. Melalui kafein : Kafein daripada minuman ringan, kopi dan teh pula boleh menyebabkan kehilangan jisim tulang dalam kalangan mereka yang tidak mengambil dos kalsium secukupnya, seterusnya mendedahkan mereka kepada masalah kesihatan tulang dalam jangka panjang

Semoga ilmu ini bermanfaat untuk semua. Di lain kesempatan, saya akan sambung kepentingan kalsium pula. 

Syazana
012.3688780
[OSTEMATRIX = Bukan sekadar Kalsium]

Monday, March 24, 2014

Cadangan jadual makan Set Menyusu

Saya mula mengambil Set Menyusu ini sejak Shireen lahir. Alhamdulillah dengan izinNYA susu masih meriah hinggan sekarang.Seperti sedia maklum Set Menyusu ini terdiri daripada 6 supplemen pernting : Energizing Soy Protein (ESP), Vitamin C, B-Complex, Ostematrix,  Alfalfa, Vita-Lea. Jadual makan set menyusu ini berbeza-beza,harus difahami ini bukan ubat jadi tiada jadual tetap. So jangan risau ye :) Semua jadual yang diberi oleh Shaklee Independent DIstributor hanyalah CADANGAN untuk hasil yang OPTIMUM. Berikut adalah cadangan pengambilan Set Menyusu dari saya : 

CADANGAN PENGAMBILAN SET MENYUSU 
  • Before breakfast : ESP 1 tablespoon
  • After breakfast : BComplex, Vitamin C, Vitalea
  • Before lunch : ESP 1 tablespoon
  • After lunch : Alfalfa, Ostematrix
  • Before teatime : ESP 1 tablespoon
  • After teatime : Alfalfa
  • After dinner : Alfalfa
  • Before sleep : Ostematrix

PERINGATAN :
  1. ESP works BEST with empty stomache.
  2. VITALEA tidak boleh diambil dengan susu,produk tenusu,OSTEMATRIX dan ESP
  3. ESP hendaklah dibancuh dengan air suam atau air sejuk kereana suhu melebihi 40 darjah Celcius akan memusnahkan zat Protein.
  4. Ibu menyusu hendaklah pam/direct feed secara kerap bagi mendapatkan hasil yg memuaskan. (Konsep demand-supply).
  5. Pengambilan air hendaklah dalam 2 hingga 3 liter sehari.



Friday, March 21, 2014

HERB-LAX Shaklee

FAHAMI SEMBELIT

Disini saya ambil petikan dari akhbar Sinar Harian :

"DARI sudut perubatan, sembelit berlaku apabila seseorang membuang air besar dengan kurang tiga kali seminggu.Maksud sembelit yang biasa penulis gunakan apabila seseorang tidak membuang air besar lebih dua hari.Golongan warga emas berusia 65 tahun ke atas dikatakan lebih mudah mengalami sembelit.


Sifat najis akibat sembelit tidak semestinya bersifat keras, kering dan berketul. Ramai penghidap sembelit perlu meneran bagi mengeluarkan najis tersebut.Sembelit menyebabkan penghidap berasa tidak puas buang air besar, perut membuncit atau sakit perut.Sering sembelit boleh menimbulkan menyebabkan beberapa simptom seperti bau mulut dan tubuh yang tidak menyenangkan, selain sukar menumpukan perhatian, mengantuk, malas, lesu kronik, artritis, hilang selera makan, sakit kepala dan masalah kulit.

Bahan bertoksik

Sering sembelit dan tidak diatasi secara sempurna akan menyebabkan pengambilan makanan berkhasiat menjadi kurang bernilai.Toksin dalam aliran darah akibat sembelit menimbulkan beban kepada organ hati untuk menjalankan detoksifikasi secara berkesan.Hasilnya nutrien tidak dapat sampai kepada sel yang memerlukannya.Sembelit juga menyebabkan bahan bertoksik tidak dinyahkan daripada tubuh secara cekap.
Ini akan menyebabkan peningkatan paras molekul radikal bebas.

Najis yang mengeras akibat sering mengalami sembelit menyebabkan ia mudah melekat pada dinding usus besar dan boleh menyebabkan usus tersumbat.Sembelit didapati mampu menyebabkan pembentukan kanser usus besar. Ia dikaitkan juga dengan pembentukan diverticulosis (kantung terbentuk pada dinding kolon tanpa berlaku keradangan) dan apendiks mengalami keradangan.


DNA tidak dapat berfungsi secara sempurna. Ia menyebabkan antara lain gangguan pembentukan pelbagai jenis enzim termasuk enzim detoksifikasi.Detoksifkasi yang tidak cekap menyebabkan sel bersifat asid. Ia menyebabkan berlaku kekurangan oksigen di dalam sel di mana keadaan ini amat kondusif untuk pertumbuhan sel-sel kanser.

Punca pembentukan sembelit adalah pelbagai, antaranya apabila seseorang sering mengabaikan isyarat membuang air besar. Ia berlaku kerana terlalu sibuk melakukan sesuatu kerja atau memang sudah menjadi kebiasaan.Kurang minum air dan makanan tinggi fiber juga boleh menyebabkan sembelit. Mereka yang mengalami hipotiroidism juga mudah mengalami sembelit.Hipotiroidism biasanya dialami individu obes (bukan semua).
Selain itu perokok tegar dan mereka yang mengalami tekanan emosi berpanjangan juga mudah mengalami sembelit."



BAGAIMANA HERB-LAX BOLEH MEMBANTU

HERB-LAX adalah herba semulajadi yang bertindak membersihkan perut dan usus, melegakan sembelit dan meningkatkan proses pencernaan secara lawas. Mengandungi 9 JENIS HERBA yang secara tradisionalnya mampu meningkatkan kesihatan sistem penghadaman dan mampu menyah-toksin dari badan.



Dibawah adalah ulasan pengguna dari amazon.com







Thursday, March 20, 2014

Rahsia ramuan VIVIX


Vivix merupakan tonik campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.

Apakah ramuan VIVIX? Vivix mengandungi campuran unik :

1) ANGGUR MUSKAT : Jenis anggur nombor 1 di Amerika kerana kebaikannya yang boleh membuatkan kulit bertambah muda serta memberi kesihatan berpanjangan.Anggur muskat dan bijinya adalah satu daripada sumber terbaik ANTIOKSIDAN dan mempunyai ciri ANTI RADANG. Ini kerana sebatian phenolik tertumpu pada bahagian biji. Jika dibandingkan anggur lain, ia mempunyai 40 kali ganda lebih POLIFENOL yang terdapat dalam arak merah. FUNGSITerbukti berfaedah bagi kesihatan kardiovaskular, menurunkan tahap gula dalam darah selain melambatkan proses penuaan.

2) ELDERBERI  : Ia adalah tumbuhan lasak tanah lembap di sepanjang tepi jalan dan sungai hanya di Eropah dan Amerika Utara. Elderberi sudah digunakan sekian lama dalam perubatan tradisional bagi mengubati asma, sembelit, artritis dan selesema. Tumbuhan ini adalah ANTIOKSIDAN yang kuat dan melindungi sel daripada kerosakan disebabkan toksin alam sekitar, diet tidak seimbang serta tekanan. FUNGSI Mampu memberi perlindungan  terhadap penyakit kardiovaskular dan jantung, mengurangkan stress, memperbaiki penglihatan & penghadaman

3) POLYGONUM CUSPIDATUM : Sejenis pokok saka terbesar di Asia , adalah sumber semula jadi RESVERATROL sama seperti yang terdapat pada kulit anggur merah dan biji anggur merah. Tumbuhan ini mempunyai banyak faedah kesihatan dan sering terdapat dalam produk antipenuaan. FUNGSIKandungan resveratrol didalamnya membantu memperlahankan proses penuaan, merendahkan kolesterol, merendahkan tekanan darah dan mengurangkan lebihan lemak yang tidak diperlukan tubuh.

4) LOBAK UNGU : Adalah sumber vitamin A terbaik, mengandungi fitokimia yang mengandungi antioksidan, antibakteria, antiradang penyakit serta mengurangkan risiko penyakit jantung. FUNGSIMengurangkan risiko penyakit koronari jantung.

Apakah POLIFENOL? Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.  



Sumber : 
Petikan dari Harian Metro: 22 Januari 2010 : Bantu Lambat Penuaan Wajah
Oleh Siti Zarinah Sahib

Tuesday, March 18, 2014

SET PENYUSUAN LENGKAP

  
Inilah set pertama yang saya beli untuk diri sendiri. Set penyusuan lengkap. Memang dah pasang niat awal-awal nak fully breastfeed baby sampai umur baby 2 tahun. Tak pernah tahubukanlah mudah nak breastfeed ni rupanya. Ibu yang menyusu memang kena kuat, makan makanan seimbang, bertenaga, tenang tak boleh stress2, sentiasa fikir positif..Barulah susu banyak melimpah ruah. Tapi kalau diri sendiri asyik penat dan stress, makan tak menentu khasiatnya memang agak susah nak kekalkan 'momentum' kuantiti susu yang terhasil. Baby makin besar, makin banyak susu yang diperlukan.

Ok,berbalik kepada cerita set penyusuan,saya mengenali SHAKLEE melalui adik,dan Alhamdulillah dengan izinNYA saya masih menyusui Shireen sepenuhnya sehingga sekarang. Memang in-love sangat dengan set ini.  Hari ini genaplah umur Shireen setahun 2 bulan :) Disini saya terangkan satu-persatu kepentingan suplemen dalam Set Penyusuan Lengkap. Ini hanya ringkasan,agar lebih mudah difahami :

SET PENYUSUAN LENGKAP

VITALEA : Multivitamin yang terpenting untuk anda & bayi kerana ia mempunyai nutrisi lengkap bg memastikan kesihatan yang sempurna. Lebih-lebih lagi kandungan zat besinya adalah sangat diperlukan oleh ibu-ibu yang dh tentunya byk kehilangan darah slps bersalin

ENERGIZING SOY PROTEIN : Sumber protein berasaskan NON-GMO soya yang terbaik utk ibu menyusu. Mengandungi Isoflavone ( bertindak spt hormon estrogen) yang membantu meningkatkan penghasilan susu. Isoflavone juga membantu melembap, menggebu & menganjalkan kulit & payudara.

ALFALFA : Raja segala tumbuhan. Membantu menyah-toksin dalam badan. Menggalakkan penghadilan susu dan juga bertindak seperti kacip fatimah.

B-COMPLEX : Mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting untuk perkembangan saraf, mengembalikan tenaga, membantu menangani stress  serta untuk kesihatan mata, mulut, kulit anda dan bayi.

VITAMIN C : Mengoptimumkan sistem imun badan anda & bayi, mambantu penghasilan kolagen utk memastikan kulit yg sihat & cantik. 

OSTEMATRIX : Memastikan kandungan susu anda tinggi dengan kalsium. Jika tidak kalsium dari tulang akan diserap untuk menghasilkan susu,akibatnya tulang ibu akan rapuh, gigi cepat rosak dan belakang mudah bongkok.



Sejujurnya bagi ibu yang tidak mahu mengambil supplemen tiada masalah selagi mengamalkan makanan seimbang dan lengkap dengan vitamin dan mineral yang diperlukan setiap hari. Dalam usaha gigih kita untuk menyusui anak selama 2 tahun,jangan abaikan keperluan kita juga.Jangan sampai anak dapat zat,ibu pula kurang zat. Sebagai contoh ibu menyusu memerlukan kalsium dalam 1000-1300mg sehari.Jika ibu menyusu kurang kalsium, maka kalsium dari tulang akan diserap untuk menghasilkan susu. Akibatnya tulang ibu akan rapuh, gigi cepat rosak dan belakang mudah bongkok.


IBU BERSALIN SECARA PEMBEDAHAN

Bagi ibu yg bersalin dah tentunya byk luka2 luaran mahupun dalaman or rahim..so die perlukan vit c n zinc di mana ia dapat membantu menyembuhkan luka. kedua2 vitamin ni jg sesuai diambil bg mereka2 yg tak makan haruan..kehilangan tenaga yg byk dh semestinya,jd pengambilan b complex sgt2 sesuai ..klu lps bersalin dh tentunya kena berpantang, byk mkanan2 yg tak bleh dimakan.so pengambilan vitalea adalah yg terbaik sb ia merupakan multivitamin yg lengkap yg diperlukan oleh badan...

Harap anda dapat memahami dengan lebih mendalam tentang fungsi semua supplemen ini. Sekian,wassalam.




Monday, March 17, 2014

Minyak ikan Omegaguard bahaya?

Soalan pelanggan Benarkah minyak ikan OmegaGuard membahayakan dan menipiskin perut? Menurut nya, beliau membuat ujikaji terhadap tindakbalas minyak ikan terhadap Polistrene dan terbukti ia menghakis permukaan polistrene tersebut. 

Jawapan
1. Pelarut Organik : Minyak ikan adalah pelarut organik secara semulajadi. Lebih tinggi kandungan unsur hydrophobic dalam suatu minyak ikan, semakin cepat ia ' menghakis' polisterin. 

2. Kualiti minyak ikan : Kualitinya ditentukan oleh kandungan EPA dan DHA dan jenis ikan yang digunakan bukannya pada kadar hakisan terhadap polisterin.

3. Ia selamat : Kerana proses resapan terhadap polistiren ini BUKAN tindakbals kimia,  tetapi ia hanya proses larutan biasa kerana sifat semulajadi minyak ikan itu sendiri. Tambahan pula, tubuh badan kita bukan terdiri dari unsur polimer sejenis dengan polisterin

4. Kadar hakisan minyak ikan OmegaGuard lebih cepat berbanding yang lain : Minyak ikan biasa akan melalui proses penyulingan SEKALI sahaja untuk mengasingkan bendasing. Namun, proses ini tidak menyingkirkan lemak tepu kerana sebatian masih KOMPLEKS. Oleh itu, bagi minyak ikan yang BERKUALITI TINGGI, minyak ikan ini akan melalui proses penyulingan kali KEDUA. Ini penting untuk menyingkirkan lemak selain OMEGA 3 dan bendasing seperti merkuri dan logam berat. Oleh itu, minyak ikan ini lebih asli, dalam bentuk yg lebih ringkas dan lebih TINGGI  kandungan OMEGA 3. Faktor ini juga merupakan salah satu punca menyebabkan tindakbalas terhadap polisterin berlaku dgn lebih cepat.


Pilihlah minyak ikan TERBAIK! :)

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Syazana Sulaiman
012.3688780
syazana.sulaiman@gmail.com
"SHAKLEE = Always Green"
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sunday, March 16, 2014

Pengalaman Berpantang

Tidak pernah terlintas selama ini bahawa berpantang itu merupakan sesuatu yang sukar dan menguji kesabaran. Percaya atau tidak,bagi saya, beranak itu lebih mudah dari berpantang. Jangan takut pula dengan statement ini. Kenapa? Kerana :

1. Masa penyesuaian dengan anak : Pengalaman pertama, sebelum ini kita hanya terikat dengan suami sahaja. Bila mengantuk tidak perlu banyak fikir, segala kerja rumah sudah selesai, tanggungjawab terhadap suami sudah selesai..boleh lelapkan mata. TETAPI..sekarang.. Baru nak lelap, baby berak. Baru nak lelap,baby nak susu. Baru nak lelap, baby nangis entah kenapa...Macam-macam lagi.. Jadi sebagai ibu baru, kena banyak sangat bersabar dan istighfar banyak-banyak :)

2. Luka belum sembuh : Ini adalah faktor UTAMA saya tidak minat waktu pantang. Saya melahirkan Shireen secara normal (Alhamdulillah). Menurut doktor,terdapat 6 jahitan. Awal-awal berpantang saya rasa ok,tiada masalah. Jalan laju. Tanpa disedari, nurse Klinik Kesihatan yang datang check saya dirumah pada hari ke-4 beritahu, jahitan dah longgar sedikit! padanlah makin hari makin sakit... So apa saya buat? Setiap kali selesai menunaikan hajat di bilik air, make sure Miss V itu kering. Lap perlahan-lahan dengan tisu lembut, bukan dengan tuala. Lap disetiap celah. Biarlah habis bergulung tisu,asalkan KERING. Lagi satu nurse klinik kesihatan bagi TIPS : Basuh dengan AIR SUAM sahaja. Tidak perlu letak ubat kuning,nanti lambat. Alhamdulillah, kedua-dua tips ini berkesan untuk saya :)

3. Hajat besar yang amat sukar : Ini memang menakutkan, menunaikan hajat BESAR di bilik air bagi wanita selepas bersalin. Saya amat bergantung dengan ubat cecair doktor untuk berhajat. Selepas habis, memang nak nangis rasa. Sejam bertarung nyawa dalam bilik air. Ngeri. Usaha : Saya makan Ostematrix Shaklee. Pada mulanya,saya memang tak tahu Ostematrix ini elok untuk sembelit. Saya tahu secara kebetulan ketika google. Saya dari minggu pertama mengamalkan Set Penyusuan Lengkap. Ingatkan Ostematrix ini adalah kalsium biasa. Tapi tidak ye, ia mengandungi Magnesium yang berfungsi melembutkan najis dan memudahkan pembuangan.

4. Tidak boleh keluar rumah :(  Tidak boleh drive. Duduk kat rumah.Terperap.Oh ia lebih kepada bosan. Mengikut orang tua-tua,saya tidak boleh keluar dari pintu rumah.Setapak pun tak boleh. Apa yang saya buat? Pagi-pagi bangun pergi sarapan. Pukul 10-11 baru boleh mandi. Mandi awal-awal tak elok kata orang tua-tua. Kemudian,bertungku. Lunch. Tengok tv. Mandi. Dinner. Tengok tv. Tidur. Dua minggu pertama saya dilarang buat kerja-kerja rumah. Nasib en.suami cuti dan dia buatkan semua. Hehehe.

Inilah pengalaman berpantang saya.



Friday, March 14, 2014

Indahnya dunia Shaklee



Baru tadi selesai sesi perbincangan dengan 'NANNY' saya, Master Yani. Banyak ilmu baru diperolehi. Dunia Shaklee luas. Rezeki dimana-mana. Seronok dapat berkenalan dengan rakan baru. Team YMS kami sangat erat dan kukuh. Alhamdulillah.

Antara kara-kata Master Yani,"Niat kene betul. FOKUS & TARGET. Semua orang boleh beli cangkul, TAPI tak semua yang PANDAI menggunakannya!"Sesiapa yang terasa nak join team YMS, bolehlah hubungi saya. Saya antara ratusan induvidu yang rase bersyukur berada dlm YMS dibawah naungan Master Cery juga. Ok,Sebelum masuk tido, telan dulu pil OSTEMATRIX 2 biji, demi menjaga kesihatan tulang. Maklum lah umur dah 3 series..  ;p



                                     

  Left to Right : Ida, Master Yani, Maria, Syaz & Mira


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Syazana Sulaiman
012.3688780
syazana.sulaiman@gmail.com
"SHAKLEE = Always Green"
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Wednesday, March 5, 2014

7 Syarat Wajib Yang Anda Tahu sebelum membeli Protein Soya


Soya yang BERKUALITI menghasilkan kesan yang POSITIF pada kesihatan.
Dan sebaliknya

Jadi sebagai pengguna,anda berhak untuk mengetahui cara mengenalpasti tepung soya yang berkualiti.

Terdapat 7 SYARAT wajib yang ditetapkan oleh pengilang untuk kawalan kualiti :

1) Kacang soya hendaklah ditanam secara ORGANIK : Kajian menunjukkan kandungan nutrisi didapati berkurang jika ia TIDAK ditanam secara organik. Amatlah penting utk memastikan pesticides, fungicides, and herbicides tidak digunakan sepanjang proses pembesaran kacang soya ini,kerana terdapat hubungkait diantara nitrates & CANCER!

2) Kacang soya itu hendaklah NON-GMO ( NON GENETICALLY MODIFIED) : Kacang soya yang telah diubahsuai secara genetik adalah jauh lebih murah & banyak syarikat memilih cara ini untuk penjimatan kos. 
Menurut seorang Saintis Brazil Dr. Louis J. Pribyl, kajian membuktikan TOKSIN secara tidak sengaja AKAN TERBINA tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan didalam sel tumbuhan.

3) Soy Protein WAJIB mengandungi kesemua 9 Asid Amino : Kesemua Asid Amino diperlukan untuk penghasilan hormon,jus makanan, enzim dan antibodi.

4)  Serbuk soya dihancurkan dalam air BUKAN alkohol : Ini bagi memastikan kandungan ISOFLAVONE kekal. ISOFLAVONE dapat mengurangkan risiko kanser payudara,prostat, paru-paru dan usus.


5) Bahan "ANTI-THYROID" & "ANTI-GROWTH" harus disingkirkan : Soya mentah mengandungi bahan "ANTI-THYROID" & "ANTI-GROWTH". Jika ia tidak disingkirkan boleh menyebabkan tekanan darah rendah, suhu badan yang rendah dan 'restless leg syndrome'.

6) Proses pembuatan soy protein dilakukan TANPA pemanasan : Asid Amino sangat SENSITIF terhad suhu yang panas. Ketahuilah bahawa 50% asid amino akan MUSNAH pada suhu tunggi . Kekurangan asid amino boleh menyebabkan perkembangan otak terbantut dan mengganggu perkembangan tisu badan. 

7) Pastikan unsur KALSIUM ditambah dalam serbuk soya : Ini penting kerana unsur kalsium yang secukupnya berupaya meneutralkan kembali serbuk soy yang BERASID akibat penasingan minyak protein. Kebanyakkan pengusaha/pengeluar protein TIDAK menambah kalsium secukupnya.

Sekian
Jadilah pengguna yang bijak ;)

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Syazana Sulaiman
012.3688780
syazana.sulaiman@gmail.com
"SHAKLEE = Always Works"
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

Hubungi saya :)

WhatsApp/SMS : 012.3688780 Email:syazana.sulaiman@gmail.com FBPage:Warna Warni Vitamin

LIKE our FB Page

Facebook Warna Warni Vitamin, click here.

Kelebihan menjadi Ahli Shaklee

1)