Sunday, March 16, 2014

Pengalaman Berpantang

Tidak pernah terlintas selama ini bahawa berpantang itu merupakan sesuatu yang sukar dan menguji kesabaran. Percaya atau tidak,bagi saya, beranak itu lebih mudah dari berpantang. Jangan takut pula dengan statement ini. Kenapa? Kerana :

1. Masa penyesuaian dengan anak : Pengalaman pertama, sebelum ini kita hanya terikat dengan suami sahaja. Bila mengantuk tidak perlu banyak fikir, segala kerja rumah sudah selesai, tanggungjawab terhadap suami sudah selesai..boleh lelapkan mata. TETAPI..sekarang.. Baru nak lelap, baby berak. Baru nak lelap,baby nak susu. Baru nak lelap, baby nangis entah kenapa...Macam-macam lagi.. Jadi sebagai ibu baru, kena banyak sangat bersabar dan istighfar banyak-banyak :)

2. Luka belum sembuh : Ini adalah faktor UTAMA saya tidak minat waktu pantang. Saya melahirkan Shireen secara normal (Alhamdulillah). Menurut doktor,terdapat 6 jahitan. Awal-awal berpantang saya rasa ok,tiada masalah. Jalan laju. Tanpa disedari, nurse Klinik Kesihatan yang datang check saya dirumah pada hari ke-4 beritahu, jahitan dah longgar sedikit! padanlah makin hari makin sakit... So apa saya buat? Setiap kali selesai menunaikan hajat di bilik air, make sure Miss V itu kering. Lap perlahan-lahan dengan tisu lembut, bukan dengan tuala. Lap disetiap celah. Biarlah habis bergulung tisu,asalkan KERING. Lagi satu nurse klinik kesihatan bagi TIPS : Basuh dengan AIR SUAM sahaja. Tidak perlu letak ubat kuning,nanti lambat. Alhamdulillah, kedua-dua tips ini berkesan untuk saya :)

3. Hajat besar yang amat sukar : Ini memang menakutkan, menunaikan hajat BESAR di bilik air bagi wanita selepas bersalin. Saya amat bergantung dengan ubat cecair doktor untuk berhajat. Selepas habis, memang nak nangis rasa. Sejam bertarung nyawa dalam bilik air. Ngeri. Usaha : Saya makan Ostematrix Shaklee. Pada mulanya,saya memang tak tahu Ostematrix ini elok untuk sembelit. Saya tahu secara kebetulan ketika google. Saya dari minggu pertama mengamalkan Set Penyusuan Lengkap. Ingatkan Ostematrix ini adalah kalsium biasa. Tapi tidak ye, ia mengandungi Magnesium yang berfungsi melembutkan najis dan memudahkan pembuangan.

4. Tidak boleh keluar rumah :(  Tidak boleh drive. Duduk kat rumah.Terperap.Oh ia lebih kepada bosan. Mengikut orang tua-tua,saya tidak boleh keluar dari pintu rumah.Setapak pun tak boleh. Apa yang saya buat? Pagi-pagi bangun pergi sarapan. Pukul 10-11 baru boleh mandi. Mandi awal-awal tak elok kata orang tua-tua. Kemudian,bertungku. Lunch. Tengok tv. Mandi. Dinner. Tengok tv. Tidur. Dua minggu pertama saya dilarang buat kerja-kerja rumah. Nasib en.suami cuti dan dia buatkan semua. Hehehe.

Inilah pengalaman berpantang saya.



0 comments:

Post a Comment

 

Hubungi saya :)

WhatsApp/SMS : 012.3688780 Email:syazana.sulaiman@gmail.com FBPage:Warna Warni Vitamin

LIKE our FB Page

Facebook Warna Warni Vitamin, click here.

Kelebihan menjadi Ahli Shaklee

1)