Wednesday, June 11, 2014

TIPS ibu menyusu : Amalan sebelum tidur

Salam semua.. Sepatutnya Syaz nak share tips ini malam tadi... Tapi terawal pulak tidur.. Amik gambar terus zzz 😝😝

Tips IBU MENYUSU
Memang ini amalan saya setiap malam. Klo skip memang shireen menyusu mcm tak tenang hidup ala2 tak puas gitu. Hihi. Ini realiti yer. Campurkan air suam + horlicks +ESP + mealshakes. Sedappp!! Horlicks tu lebih sikit supaya xloya tekak merasa soya ESP.  

Susu insyaa Allah akan meriah sampai pagi. Tapi by subuh dah kena refill air dalam badan,kang lembik pulak. Bagi saya bila baby makin besar dugaan menyusu makin tinggi. Kuantiti dia minum makin bertambah. Jadi memang sangat penting bagi ibu-ibu memastikan badan kita sihat dan cergas supaya susu yang dihasilkan meriah! Insyaa Allah 😍

 

Monday, June 9, 2014

Phytocol ST Shaklee : Sekat Penyerapan Kolestrol (Cholestrol Blocker)


Ini produk terbaru daripada Shaklee. Fresh from oven :) Masa mula2 saya pergi talk pasal Phytocol ini,saya sangat teruja! Bayangkan anda boleh makan nasi lemak,seafood, kari,tomyam,roti canai tanpa perlu kesah pasal kandungan kolestrol dah,hanya dengan semudah menelan 2-4 biji Phytocol sebelum makan. Ia mampu menyekat up to 80% penyerapan kolestrol. Ok jom kenali Phytocol-St :





PHYTOCOL-ST Shaklee ialah formula proprietari berasaskan bahan-bahan yang terbukti secara klinikal berkesan untuk menyekat penyerapan kolesterol dan merendahkan paras kolesterol LDL.

Khasiat Phytocol :
  • Rumusan beberapa jenis fitosterol asli yang aktif daripada tumbuh-tumbuhan, buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin.  
  • Membekalkan 2,000 mg fitosterol tumbuhan setiap hari.
  • Fitosterol tumbuhan telah terbukti secara klinikal mampu mengurangkan paras kolesterol LDL dalam lebih 80 kajian.
  • Membekalkan 100% nilai harian fitosterol  sepertimana disyorkan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).
  • Tiada pengawet, pewarna, perisa atau pemanis tambahan

Bagaimana FITOSTEROL bertindak?

Dengan struktur yang sama seperti kolesterol, Fitosterol akan bersaing dan mengalahkan kolesterol untuk penyerapan dalam usus. Ini bermakna bahawa semakin banyak Fitosterol yang anda ambil, maka semakin kurang kolesterol yang dapat diserap oleh tubuh dan semakin tinggi peluang anda untuk merendahkan paras kolesterol LDL anda. 







                         



Saturday, May 31, 2014

Pengedar Sah Shaklee di Bangi , Kajang dan Bandar Seri Putra.




Saya SYAZANA SULAIMAN merupakan pengedar sah Shaklee seluruh Malaysia, bersedia membantu anda memilih & menggunakan supplemen SHAKLEE dengan betul.


Menawarkan pelbagai jenis set KHAS supplemen Shaklee untuk anda :
> Set Ibu Hamil
> Set Ibu Berpantang & Menyusu
> Set Kesihatan Asas
> Set Anak Sihat & Ceria
> Set Bertenaga
Dan banyak lagi 

Insyaa Allah, saya BERSEDIA membantu ANDA

Syazana 0123688780

Thursday, May 22, 2014

Tips HAMIL cepat dan mudah : Set Kesuburan Shaklee



Ini gambar Shireen,umur masa ni 4 hari. Geram tau tengok baby2 baru lahir ni...Amik feel Set Kesuburan jap..hehe...Ok minggu ni saya nak kongsi Set MUDAH HAMIL Shaklee antara set yang banyak membantu pasangan yang ingin menimang cahayamata. Saya baru je habis consult pasangan suami isteri ni yang sudah hampir 1 tahun lebih kahwin tapi masih belum dapat zuriat. FYI, saya dan suami pun antara pasangan yg lambat dapat cahayamata. Saya mmg ada masalah hormon tak stabil. Lepas setahun setengah bersama barulah kami berjaya.. Alhamdulillah! Period saya lambat 2 minggu..Check2 positive,gembira kemain laa :)



                              

Set Kesuburan Shaklee adalah gabungan Set Kesihatan Asas dan Set Kesuburan Wanita/Lelaki. Bagi saya Set Kesihatan Asas adalah WAJIB diambil. Kenapa? Sebab apabila badan sudah mantap, barulah sistem badan dapat berfungsi pada tahap OPTIMUM. Kemudian baru boleh add on Set Tambahan Kesuburan. Umpamanya kita nak bina rumah, asasnya iaitu tiang batu bata simen semua kene bagus, barulah rumah pn kuat dan kukuh. Lepas dah kukuh nk cantikkan atau buat renovation apa2 pun senang :) Back to our topic :

Set Kesihatan Asas

Vita-Lea : Multivitamin yang amat diperlukan oleh tubuh badan. Dikenali sebagai energy booster. Diperkaya dengan zat besi bagi membantu suami dan isteri supaya bertenaga sentiasa.

Vitamin C : Menurut kajian Vitamin C dapat menolong proses persenyawaan kerana ia meningkatkan paras hormon Progesterone. Hormon ini secara umumnya dapat membantu isteri menstabilkan kitaran haid dan membantu menebalkan dinding uterus. Dinding uterus yang tebal ini adalah sebagai persediaan menerima embrio. Bagi suami pula,Vitamin C adalah bagus untuk mendapat kiraan, gerakan dan kualiti yang baik (sperm count, motility and quality). Tahukah anda bahawa Kekurangan Vitamin C dalam badan boleh merosakkan kualiti sperma.

B-Complex : Vitamin B12 amat penting untuk menghasilkan DNA sihat. Bagi suami pula, asid folik yang terkandung dalam Vitamin B membantu dalam meningkatkan jumlah kiraan sperma yang sihat. (Saya pun selama ini ingat asid folik sinonim dengan wanita je.. Rupanya bg lelaki pn sama penting juga.. Hihi). Sperma yang mengalami kecacatan kromosom apabila disenyawakan dengan telur ovum, akan menghasilkan janin yang tidak dapat hidup lama. Bagi isteri pula, pengambilan asid folik adalah paling penting pada 12 minggu pertama, dimana ia dapat mengurangkan kecacatan saraf tunjang (neural tube defect) seperti gangguan pada pembentukan saraf tunjang (spinal bifida)

Vitamin E Complex : Bagi suami, kajian menunjukkan pengambilan Vitamin E dalam masa beberapa bulan dapat meningkatkan kesuburan suami sebanyak 10%. Bagi isteri, vitamin E dapat meningkatkan cecair mukus serviks yang amat penting untuk memastikan sperma dapat bertahan lebih lama dari biasa. Ia juga membantu meningkatkan kesiahatan telur dalam uterus ibu.

Tambahan : Kesuburan Lelaki

Zinc Complex : Zinc melindungi kesihatan prostat,memperbaiki dan menyembuh prostate enlargement dan keadaan kerap kencing. Kekurangan nutrien zinc akan mengakibatkan masalah seperti kematangan organ seks yang lambat,impoten,perkembangan yang kecil atau pincang pada testikel,kiraan sperma yang rendah,kemerosotan fungsi seksual,penuaan pra-matang dan rambut gugur.

Tambahan : Kesuburan Wanita

GLA ComplexGLA membantu  memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan dan membantu menstabilkan kitaran haid. Ia membantu seseorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang berwarna putih telur. Ia membantu sperma untuk berenang ke uterus terus ke tiub falapio untuk bersenyawa dengan sel ovum. Cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiup falopio sehingga 5 hari.

Alfalfa Complex : Bertindak seperti 'kacip fatimah'. Ia juga membantu dalam  organ
reproduksi wanita dan menyelesaikan masalah seperti keputihan ,terutama bagi mereka yang rasa sakit ketika bersama, membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid.



Insyaa Allah ini semua usaha kita. Usaha lain yang saya sendiri amalkan ketika fasa lambat mendapat zuriat

(1) Full check up dengan Pakar Sakit Puan : Kedua-dua suami dan isteri harus bersama-sama jumpa doktor dan check tahap kesuburan masing-masing. Masa itu, sistem reproduksi saya dan suami both ok,cuma saya ada masalah kitaran haid tidak teratur, hormon kurang stabil.

(2) Darussyifa' : Saya mohon doa dan air dari UStaz Haji Salleh di Bangi sebulan sebelum disahkan hamil. Alhamdulillah :)

(3) No-STRESS : Saya bekerja. Not sure ini coincidence or what,tetapi saya positive hamil sebulan selepas saya bagi surat resign boss. hehe. Memang stress masa kerja di R&D di sebuah syarikat Jepun ni. Kalau boleh masa bersama jangan stress fikir sangat nak anak, redha & doa banyak2.

(4) Minta dariNYA : Setiap hari selepas solat fardhu,taubat & sunat bercakap hati ke hati denganNYA. Minta izin dan restu dariNYA. He is the BEST listener ever, kita minta apa saja yang kita nak, minta dengan yakin. Yakin yang satu hari nanti kita pasti ada zuriat. Pejam mata dan bayangkan,nangis dan ikhlaskan diri :)

(5) Sedekah : Banyakkan sedekah. It helps a lot. Sedekah membersihkan rezeki kita. Tak kira sedekah dengan siapa pun, adik ibu ayah..anak yati..orang tua. Biar sikit asal ikhlas dan istiqamah 

Ok sampai sini saja perkongsian sahaja. Good luck :)


Rujukan :
http://www.conceiveeasy.com

Wednesday, May 7, 2014

Dugaan menyusu : Tips legakan bengkak susu

Saya pernah sekali bengkak susu yang teramat sakit,ketika Shireen baru 2 minggu. Masa tu takde pengalaman,nak call sesiapa dah tgh malam. Kejut Shireen tak bangun-bangun. Tiba-tiba rasa breast macam padat sangat, ada ketulan-ketulan pada sekeliling bila ditekan,cuba untuk pam tp sakit sangat. Bila GOOGLE baru tahu ini dinamakan Blocked Duct atau dalam bahasa melayu : bengkak susu. Menurut babycenter : Antara dua hingga enam hari selepas bersalin, susu badan terhasil dengan banyaknya untuk memenuhi keperluan bayi. Pada masa yang sama, lebih banyak darah mengalir ke buah dada dan sesetengah tisu disekelilingnya akan membengkak. Akibatnya? Payudara yang penuh dan bengkak. 




Tips LEGAKAN bengkak susu :

1   Apply heat to affected area . Ada beberapa cara :
  • Tuam breast yang bengkak,teruatama pada kawasan berketul. Selepas tuam,urut dan cepat-cepat pam atau menyusu baby terus. Repeat sampai lega. Saya guna TEKNIK ini untuk legakan my bengkak susu. Alhamdulillah,it works for me!
  • Rendam breast dalam air suam or sepanas yang mungkin,then urut/sikat breast & cepat-cepat menyusu/pam.
  • Shower air panas,kemudian pam/direct feed.
2   Urutan : Semasa sedang mengepam/menyusu, urut bahagian payudara yang berketul perlahan-lahan kearah tengah (Amalkan jikan kaedah ini tidak menyakitkan). Ini dapat membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payudara.

3  Posisi menyusu : Susukan bayi dengan posisi pipi melekap pada bahagian yang berketul.

4 Kerap menyusu Susukan bayi anda dengan kerap, iaitu setiap 2/3 jam, walaupun anda terpaksa mengejutkan bayi daripada tidur. Pastikan baby menyusu daripada kedua-dua belah payudara pada setiap penyusuan. 

5 Mengamalkan Lecithin Shaklee. Menurut Dr. Jack Newman “Lecithin may do this by decreasing the viscosity (stickiness) of the milk by increasing the percentage of polyunsaturated fatty acids in the milk.” 

6. Kalau sudah tiada pilihan lain, bolehlah ambil paracetamol untuk tahan sakit.

Anda ada tips lain,jom kongsi bersama dibahagian comment. hihi.

Salam sayang, Syazana :)


Thursday, April 24, 2014

Tips dan petua tambah susu ibu


Petikan dari Majalah Pa&Ma

1. KERAP menyusu : Semakin kerap ibu menyusukan bayi, semakin banyak susu akan terhasil. Jadi, galakkan bayi untuk lebih kerap menyusu. Penyusuan di antara 10 hingga 12 kali atau lebih dalam tempoh 24 jam akan MERANGSANG hormon prolaktin yang menghasilkan lebih banyak susu.

 2. Amalan tradisi : Petua orang lama mengamalkan pemakanan tertentu bagi menambah susu. Ia tidak terhad kepada masyarakat Melayu sahaja. Malah, kaum Cina dan India turut menggunakan kaedah yang sama. Antara jenis makanan yang dipercayai menambah susu ialah, ULAM-ULAMAN (pegaga, peria, raja, turi, betik, jantung pisang batu dan lain-lain), lobak putih, ikan yu dan banyak lagi.

 3. Makanan herba : Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan harian membantu menambah pengeluaran susu. Paling popular ialah HALBA. Selepas dibeli, cuci halba dengan sempurna dan keringkan. Kemudian simpan di dalam bekas bertutup dan makan SESUDU halba setiap hari. Antara herba lain ialah jintan hitam. Cara pengambilannya sama seperti halba.

 4. Minum AIR ikut keperluan : Selain daripada pemakanan yang berkhasiat, air juga perlu cukup. Ada pendapat mengatakan ibu perlu minum sehingga lapan gelas air sehari. Namun, paling penting anda harus minum air kosong mengikut keperluan tubuh. Selain air kosong, anda juga boleh minum minuman lain seperti susu, air kacang soya dan jus oren segar. JUS OREN segar berupaya meningkatkan penghasilan susu.

 5. Posisi yang betul : Dapatkan posisi yang betul setiap kali menyusukan bayi. Paling utama, anda perlu memastikan bayi melekap dengan betul. Jika anda menghadapi masalah untuk mendapatkan posisi yang betul, dapatkan tunjuk ajar daripada jururawat, doctor atau pakar laktasi tentang teknik dan posisi yang berkesan.

Wednesday, April 23, 2014

Suplemen untuk IBU sentiasa CERGAS

Sejujurnya, saya amat kagum dengan para ibu yang bekerja. Balik nak settlekan anak, kemas rumah, lipat baju, angkat kain, fikir apa hidangan untuk makan malam, melayan suami.. Itu tak termasuk fikir & guide anak buat homework. Sememangnya anda superMAK!




Ok dalam diam-diam kesihatan anda para ibu sekalian harus diutamakan. Seringkali kawan2 saya yang bekerja mengeluh... Penat, banyak kerja, pening.. Penat macam mana pun, bagi saya ANAK adalah tanggungjawab UTAMA kita, kerja jatuh no 2. Jangan biarkan mereka terbiar dek kepenatan kita :)


Ok, berikut adalah petikan daripada Majalah iSihat, April 2013 ( Rencana Kesihatan)

Suplemen Untuk Ibu Bekerja

" Ramai yang masih kurang arif tentang khasiat suplemen & keperluan mengambilnya. Ada yang menyangka dengan hanya mengambil suplemen boleh kurus, lebih sihat, cantik & awet muda tanpa perlu bersenam & menjaga pemakanan. Suplemen sebenarnya perlu diambil bagi menangani masalah pencemaran & pengambilan pemakanan segera & tidak teratur dikalangan masyarakat kita hari ini.

Pakar diet Amerika mengesyorkan bahawa setiap hari, anda harus memakan:
√ 5 sajian sayur-sayuran
√ 2-4 sajian buah-buahan
√ 2-3 sajian jika susu, yogurt & keju
√ 2-3 sajian daging, ayam, ikan, telur atau kekacang
Lemak, minyak & gula atau manisan secara sederhana

Menurut Dr. Bruce Miller dalam Better Health Series (beliau juga pengarang buku terlaris The Nutrition Guarantee & pakar pemakanan bertauliah di sebalik Better Health Series yang terkenal tentang pendidikan pemakanan), walaupun jika anda mematuhinya dengan teliti kepada saranan di atas, anda mungkin menghadapi 3 masalah.

1) Kesukaran untuk mendapatkan jumlah vitamin C daripada diet. 
2) Jumlah yang diperlukan (seperti vitamin E) untuk perlindungan daripada beberapa penyakit adalah mustahil untuk mendapatnya daripada diet biasa.
3) Sesetengah nutrien (minyak daripada ikan air sejuk) bukan yg utana dalam diet biasa kita.

Oleh itu, menambah pemakanan tambahan kepada gaya hidup anda adalah sememangnya diperlukan. Apatah lagi bagi kebanyakan para ibu bekerja terikat dengan masa untuk memasak yang akhirnya terpaksa membeli makanan atau membawa keluarga makan di luar.

Suplemen memberikan khasiat yang tidak dapat diperoleh daripada pemakanan kita seharian. Anda mungkin merasakan diri sihat tanpa suplemen namun hanya yang telah mengambil suplemen sahaja akan merasakan kelainannya.

Secara minimum bagi seseorang memulakan program pemakanan harus terdiri daripada pengambilan suplemen multivitamin/mineral & protein.

Kemudian, berasaskan keperluan & gaya hidup anda, tambah vitamin C, B kompleks & vitamin E.

Walau bagaimanapun, ingat bahawa suplemen dietari tidak menggantikan makanan. Cara terbaik untuk memperoleh kesihatan yang baik ialah makan dengan cara sihat."

Kesimpulannya para ibu sekalian yang mahu kekal bertenaga disaran untuk mengamalkan :


Energizing Soy Protein : Kandungan kacang soya yang terdapat dalam Energizing Soy Protein mampu membekalkan tenaga berpanjangan kepada tubuh badan. Ia juga mampu menstabilkan hormon dan menyokong sistem imuniti badan.

Multivitamin Vitalea

B-Complex

Vitamin C 

Vitamin E


Info lanjut, jangan malu dan segan mai whatsapp saya : 
☎️ SYAZANA 012.3688780 

Thursday, April 10, 2014

Ostematrix elak SEMBELIT ibu mengandung dan menyusu


Best kalau cerita pasal Ostematrix ni. Sebab saya sendiri peminat setia Ostematrix dari saat berpantang hinggalah sekarang. Selepas lunch saya ambil 2 tablet,dan sebelum tidur 2 tablet. Bagi saya saat paling mengerikan bagi ibu baru bersalin adalah ketika membuang air besar. Berjam duduk dalam bilik air ;) Alhamdulillah, Ostematrix telah membantu saya. 



Tahukah anda : Ostematrix mengandungi Magnesium yang berfungsi membantu mengelakkan sembelit.

Bagaimana Magnesium boleh membantu mengelakkan sembelit?

Magnesium meningkatkan kandungan air dalam usus dan membantu menggesa berlakunya peristalsis (gerakan ombak dalam usus yang membantu makanan terhadam bergerak dalam usus). Peristalsis juga menolak makanan ke dalam perut. 

1. Magnesium merehatkan otot dalam usus - ia membantu membentuk kesan lebih lembut yang mengurangkan sembelit.

2. Magnesium menyerap air kedalam usus  - Ini meningkatkan kandungan air di dalam usus, justeru membantu najis menjadi lembut. Oleh itu, kita dinasihatkan untuk minum air yang banyak setelah mengambil supplemen magnesium. 


Semua jenis supplemen Shaklee wajib ambil air lebih dari 2 -3 liter. Bare in mind, air adalah medium yang amat pentung untuk membuang toksin. 

1 botol Ostematrix = 120 capsules = tahan selama 1 bulan.



HIGHLY RECOMMENDED!

SYAZANA SULAIMAN
946577
[Ostematrix = Hilangkan Sembelit]

Friday, April 4, 2014

Support Breastfeeding


"The best GIFT you can give your baby is YOUR milk"



Susu,itu hak anak terhadap ibunya. Saya memang simpati pada ibu-ibu yang menyerah kalah dengan mudah untuk menyusui anaknya. Allah SWT sudah menciptakan semuanya dengan cantik. Alhamdulillah,dengan izinNYA saya masih dimurahkan rezeki untuk menyusui Shireen.Tidak dinafikan menyusui anak ini tampak mudah, namun pada hakikatnya agak sukar. Antara faktor-faktor yang perlu ada supaya para ibu kuat dan terus berusaha untuk menyusu adalah :

1. Niat : Niat yang PALING penting! Sejak hari pertama mendapat tahu saya mengandung,tidak pernah terlintas di hati untuk tidak menyusui anak. Bagi saya itu adalah tanggungjawab saya terhadap anak dalam kandungan. Tipu jikalau saya katakan saya tidak takut jika tiada susu atau pengeluaran susu tidak mencukupi. Seingat saya sejak kandungan minggu ke-35, saya mulai risau. Kalau tidak cukup macam mana? Kalau baby meragam macam mana? Tapi saya masih ingat pesan saudara saya yang merupakan seorang doktor, " You dont have too worry, Allah sudah ciptakan segala-galanya sempurna, perut bayi baru lahir itu sebesar kacang sahaja. Small amount of milk is sufficient enough. "  

2. Sokongan moral ahli keluarga terutama suami : Suami adalah individu pertama yang WAJIB menyokong penyususuan susu ibu, baik dari segi motivasi mahupun penyediaan keperluan asas menyusu seperti pam, botol susu dan sebagainya. Seawal kandungan bayi 5 bulan saya sudah mula survey jenis pan mana yg dikehendaki,


Thursday, March 27, 2014

Ostematrix : Gabungan Kalsium, Magnesium, Vitamin D dan mineral

Kalsium adalah antara mineral terpenting yang diperlukan untuk pembentukan tulang. Tahukah anda bahawa tulang kita adalah tisu hidup yang perlu tumbuh,berubah dan sentiasa perlu diperbaharui. Kalsium boleh disimpan didalam tulang,dan digunakan/ dilepaskan apabila perlu. Sebab inilah saya amat menekankan pengambilan supplemen kalsium setiap hari. Sebagai ibu yang menyusu, jika kekurangan kalsium didalam badan, maka kalsium dalam tulang saya akan 'dicuri' untuk diserap bagi menghasilkan susu,akibatnya tulang ibu akan rapuh, gigi cepat rosak dan belakang mudah bongkok. (Oh tidak...)

Petikan dari Harian Metro


"Kalsium adalah sejenis mineral yang mampu menguatkan tulang dan perlu diambil setiap hari. Ini kerana tubuh kita membuang sejumlah kecil kalsium setiap masa sebelum digantikan dengan kalsium yang baru dalam proses dinamakan ‘permodelan semula tulang’.Perlu diingat, kalsium juga disingkirkan daripada badan menerusi proses semula jadi seperti rambut gugur, kuku, peluh dan kulit mati.Sekiranya jumlah kalsium yang disingkirkan lebih banyak berbanding yang digantikan, tulang menjadi lemah secara perlahan-lahan dan terdedah kepada risiko mudah patah."

OSTEMATRIX Osteomatrix membekalkan gabungan nutrien yang unik termasuk Kalsium,Vitamin D & K, Magnesium dan lebih lagi untuk membina dan mengekalkan tulang yg kuat kerana anda memerlukan lebih dari kalsium untuk membina tulang yang kuat. Kenapa perlu ada Vitamin D dan Magnesium?

Magnesium : Membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.
Vitamin D    : Membantu serapan lebih tinggi kalsium dalam tubuh



CARA PENGAMBILAN
Setiap hari kita memerlukan 1000-1300mg kalsium. Oleh itu anda perlu mengambil 4 tablet sehari. Untuk memaksimumkan penyerapan, kita perlulah mengambil 2 tablet saja untuk sekali makan,iaitu 2 tablet selepas makan tengahari dan baki 2 tablet sebelum tidur.


KENAPA KITA KURANG KALSIUM WALAUPUN BANYAK MINUM SUSU?
1. Melalu pengambilan garam : Sodium dan klorida yang banyak ditemui pada garam makanan perlu dikawal pengambilannya kerana ia meningkatkan penyingkiran kalsium melalui air kencing sebelum ia sempat diserap atau digunakan oleh tubuh untuk menghasilkan tulang yang kuat.

2. Melalui kafein : Kafein daripada minuman ringan, kopi dan teh pula boleh menyebabkan kehilangan jisim tulang dalam kalangan mereka yang tidak mengambil dos kalsium secukupnya, seterusnya mendedahkan mereka kepada masalah kesihatan tulang dalam jangka panjang

Semoga ilmu ini bermanfaat untuk semua. Di lain kesempatan, saya akan sambung kepentingan kalsium pula. 

Syazana
012.3688780
[OSTEMATRIX = Bukan sekadar Kalsium]
 

Hubungi saya :)

WhatsApp/SMS : 012.3688780 Email:syazana.sulaiman@gmail.com FBPage:Warna Warni Vitamin

LIKE our FB Page

Facebook Warna Warni Vitamin, click here.

Kelebihan menjadi Ahli Shaklee

1)