Thursday, March 27, 2014

Ostematrix : Gabungan Kalsium, Magnesium, Vitamin D dan mineral

Kalsium adalah antara mineral terpenting yang diperlukan untuk pembentukan tulang. Tahukah anda bahawa tulang kita adalah tisu hidup yang perlu tumbuh,berubah dan sentiasa perlu diperbaharui. Kalsium boleh disimpan didalam tulang,dan digunakan/ dilepaskan apabila perlu. Sebab inilah saya amat menekankan pengambilan supplemen kalsium setiap hari. Sebagai ibu yang menyusu, jika kekurangan kalsium didalam badan, maka kalsium dalam tulang saya akan 'dicuri' untuk diserap bagi menghasilkan susu,akibatnya tulang ibu akan rapuh, gigi cepat rosak dan belakang mudah bongkok. (Oh tidak...)

Petikan dari Harian Metro


"Kalsium adalah sejenis mineral yang mampu menguatkan tulang dan perlu diambil setiap hari. Ini kerana tubuh kita membuang sejumlah kecil kalsium setiap masa sebelum digantikan dengan kalsium yang baru dalam proses dinamakan ‘permodelan semula tulang’.Perlu diingat, kalsium juga disingkirkan daripada badan menerusi proses semula jadi seperti rambut gugur, kuku, peluh dan kulit mati.Sekiranya jumlah kalsium yang disingkirkan lebih banyak berbanding yang digantikan, tulang menjadi lemah secara perlahan-lahan dan terdedah kepada risiko mudah patah."

OSTEMATRIX Osteomatrix membekalkan gabungan nutrien yang unik termasuk Kalsium,Vitamin D & K, Magnesium dan lebih lagi untuk membina dan mengekalkan tulang yg kuat kerana anda memerlukan lebih dari kalsium untuk membina tulang yang kuat. Kenapa perlu ada Vitamin D dan Magnesium?

Magnesium : Membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.
Vitamin D    : Membantu serapan lebih tinggi kalsium dalam tubuh



CARA PENGAMBILAN
Setiap hari kita memerlukan 1000-1300mg kalsium. Oleh itu anda perlu mengambil 4 tablet sehari. Untuk memaksimumkan penyerapan, kita perlulah mengambil 2 tablet saja untuk sekali makan,iaitu 2 tablet selepas makan tengahari dan baki 2 tablet sebelum tidur.


KENAPA KITA KURANG KALSIUM WALAUPUN BANYAK MINUM SUSU?
1. Melalu pengambilan garam : Sodium dan klorida yang banyak ditemui pada garam makanan perlu dikawal pengambilannya kerana ia meningkatkan penyingkiran kalsium melalui air kencing sebelum ia sempat diserap atau digunakan oleh tubuh untuk menghasilkan tulang yang kuat.

2. Melalui kafein : Kafein daripada minuman ringan, kopi dan teh pula boleh menyebabkan kehilangan jisim tulang dalam kalangan mereka yang tidak mengambil dos kalsium secukupnya, seterusnya mendedahkan mereka kepada masalah kesihatan tulang dalam jangka panjang

Semoga ilmu ini bermanfaat untuk semua. Di lain kesempatan, saya akan sambung kepentingan kalsium pula. 

Syazana
012.3688780
[OSTEMATRIX = Bukan sekadar Kalsium]

0 comments:

Post a Comment

 

Hubungi saya :)

WhatsApp/SMS : 012.3688780 Email:syazana.sulaiman@gmail.com FBPage:Warna Warni Vitamin

LIKE our FB Page

Facebook Warna Warni Vitamin, click here.

Kelebihan menjadi Ahli Shaklee

1)