Thursday, March 20, 2014

Rahsia ramuan VIVIX


Vivix merupakan tonik campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.

Apakah ramuan VIVIX? Vivix mengandungi campuran unik :

1) ANGGUR MUSKAT : Jenis anggur nombor 1 di Amerika kerana kebaikannya yang boleh membuatkan kulit bertambah muda serta memberi kesihatan berpanjangan.Anggur muskat dan bijinya adalah satu daripada sumber terbaik ANTIOKSIDAN dan mempunyai ciri ANTI RADANG. Ini kerana sebatian phenolik tertumpu pada bahagian biji. Jika dibandingkan anggur lain, ia mempunyai 40 kali ganda lebih POLIFENOL yang terdapat dalam arak merah. FUNGSITerbukti berfaedah bagi kesihatan kardiovaskular, menurunkan tahap gula dalam darah selain melambatkan proses penuaan.

2) ELDERBERI  : Ia adalah tumbuhan lasak tanah lembap di sepanjang tepi jalan dan sungai hanya di Eropah dan Amerika Utara. Elderberi sudah digunakan sekian lama dalam perubatan tradisional bagi mengubati asma, sembelit, artritis dan selesema. Tumbuhan ini adalah ANTIOKSIDAN yang kuat dan melindungi sel daripada kerosakan disebabkan toksin alam sekitar, diet tidak seimbang serta tekanan. FUNGSI Mampu memberi perlindungan  terhadap penyakit kardiovaskular dan jantung, mengurangkan stress, memperbaiki penglihatan & penghadaman

3) POLYGONUM CUSPIDATUM : Sejenis pokok saka terbesar di Asia , adalah sumber semula jadi RESVERATROL sama seperti yang terdapat pada kulit anggur merah dan biji anggur merah. Tumbuhan ini mempunyai banyak faedah kesihatan dan sering terdapat dalam produk antipenuaan. FUNGSIKandungan resveratrol didalamnya membantu memperlahankan proses penuaan, merendahkan kolesterol, merendahkan tekanan darah dan mengurangkan lebihan lemak yang tidak diperlukan tubuh.

4) LOBAK UNGU : Adalah sumber vitamin A terbaik, mengandungi fitokimia yang mengandungi antioksidan, antibakteria, antiradang penyakit serta mengurangkan risiko penyakit jantung. FUNGSIMengurangkan risiko penyakit koronari jantung.

Apakah POLIFENOL? Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.  



Sumber : 
Petikan dari Harian Metro: 22 Januari 2010 : Bantu Lambat Penuaan Wajah
Oleh Siti Zarinah Sahib

0 comments:

Post a Comment

 

Hubungi saya :)

WhatsApp/SMS : 012.3688780 Email:syazana.sulaiman@gmail.com FBPage:Warna Warni Vitamin

LIKE our FB Page

Facebook Warna Warni Vitamin, click here.

Kelebihan menjadi Ahli Shaklee

1)