Wednesday, May 7, 2014

Dugaan menyusu : Tips legakan bengkak susu

Saya pernah sekali bengkak susu yang teramat sakit,ketika Shireen baru 2 minggu. Masa tu takde pengalaman,nak call sesiapa dah tgh malam. Kejut Shireen tak bangun-bangun. Tiba-tiba rasa breast macam padat sangat, ada ketulan-ketulan pada sekeliling bila ditekan,cuba untuk pam tp sakit sangat. Bila GOOGLE baru tahu ini dinamakan Blocked Duct atau dalam bahasa melayu : bengkak susu. Menurut babycenter : Antara dua hingga enam hari selepas bersalin, susu badan terhasil dengan banyaknya untuk memenuhi keperluan bayi. Pada masa yang sama, lebih banyak darah mengalir ke buah dada dan sesetengah tisu disekelilingnya akan membengkak. Akibatnya? Payudara yang penuh dan bengkak. 




Tips LEGAKAN bengkak susu :

1   Apply heat to affected area . Ada beberapa cara :
  • Tuam breast yang bengkak,teruatama pada kawasan berketul. Selepas tuam,urut dan cepat-cepat pam atau menyusu baby terus. Repeat sampai lega. Saya guna TEKNIK ini untuk legakan my bengkak susu. Alhamdulillah,it works for me!
  • Rendam breast dalam air suam or sepanas yang mungkin,then urut/sikat breast & cepat-cepat menyusu/pam.
  • Shower air panas,kemudian pam/direct feed.
2   Urutan : Semasa sedang mengepam/menyusu, urut bahagian payudara yang berketul perlahan-lahan kearah tengah (Amalkan jikan kaedah ini tidak menyakitkan). Ini dapat membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payudara.

3  Posisi menyusu : Susukan bayi dengan posisi pipi melekap pada bahagian yang berketul.

4 Kerap menyusu Susukan bayi anda dengan kerap, iaitu setiap 2/3 jam, walaupun anda terpaksa mengejutkan bayi daripada tidur. Pastikan baby menyusu daripada kedua-dua belah payudara pada setiap penyusuan. 

5 Mengamalkan Lecithin Shaklee. Menurut Dr. Jack Newman “Lecithin may do this by decreasing the viscosity (stickiness) of the milk by increasing the percentage of polyunsaturated fatty acids in the milk.” 

6. Kalau sudah tiada pilihan lain, bolehlah ambil paracetamol untuk tahan sakit.

Anda ada tips lain,jom kongsi bersama dibahagian comment. hihi.

Salam sayang, Syazana :)


0 comments:

Post a Comment

 

Hubungi saya :)

WhatsApp/SMS : 012.3688780 Email:syazana.sulaiman@gmail.com FBPage:Warna Warni Vitamin

LIKE our FB Page

Facebook Warna Warni Vitamin, click here.

Kelebihan menjadi Ahli Shaklee

1)